Sunday, May 29, 2016

Fadhilat Amalan Yang Direka-reka


Secara umumnya boleh dikatakan hampir keseluruhan masjid atau surau perhentian di lebuhraya terdapat sebuah buku kecil yang dinamakan sebagai “Majmuk syarif” sama ada ianya dibeli sendiri oleh pihak pengurusan masjid ataupun ianya diwakafkan oleh individu-individu tertentu kepada pihak masjid. Buku ini tersebar dan mudah untuk diperolehi kerana dimana-mana sahaja terdapat mereka yang menjualnya.

Buku yang tidak mempunyai nama pengarang ini menghimpunkan di dalamnya sebahagian surah-surah daripada al-Quran serta fadhilat-fadhilatnya, doa-doa dan zikir-zikir yang dijadikan amalan oleh sebahagian masyarakat. Dukacitanya hampir kesemua doa, zikir dan fadhilat-fadhlatnya yang terkandung di dalam buku ini tidak sahih dari Nabi s.a.w. bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan ianya hanya rekaan manusia yang tidak mempunyai asal di dalam agama.

Coretan di atas boleh dibaca secara penuh di:
Kalau kita mengambil jurusan pentafsiran hadis atau belajar sains hadis, maka kita akan belajar bagaimana untuk mengetahui samada sesuatu itu adalah hadis yang benar atau hadis palsu. Bila kita belajar dalam bab beribadah, kita juga akan tahu bahawa beramal berlebih-lebihan (atau terlalu taksub dengan sesuatu kaedah amalan) pun tiada gunanya. Contohnya, tiada guna seseorang itu berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Malah sudah diberitahu bahawa kalau nak pahala berpuasa setahun, memadai dengan puasa 6 sahaja.

Antara sifat-sifat hadis-hadis yang mengandungi unsur-unsur yang berlebih-lebihan (mujazafah) yang tidak pernah nabi mengucapkan seperti yang demikian. Antaranya melampau-lampau dalam menyatakan ancaman atau sesuatu ganjaran yang besar hanya kerana perbuatan atau amalan yang ringan.

Ramai antara kita sering mendengar bahawa membaca surah-surah tertentu mempunya "khasiat" tersendiri. Contohnya, membaca surah Yasin membawa pengampunan dan surah Waqiah membawa kekayaan. Tetapi tahukah antara bahawa hadith-hadith berkaitannya adalah hadith lemah atau palsu? Tetapi tidak dinafikan bahawa memang ada hadith yang menyarankan membaca ayat-ayat tertentu,  contohnya untuk mematahkan fitnah Dajjal iaitu surah Al-Kahfi, tetapi hadith-hadith sebegini tidak banyak.

Membaca al-Quran mempunyai fadhilat-fadhilat tersendiri, tidak kisahlah surah apa pun. Yang menjadi masalah ialah apabila kita membaca al-Quran itu dengan niat kononnya untuk "mendapatkan" hasil atau rezeki tertentu.

Best Nootropic Sites for International Orders


Well, let's cut this short:


  1. For many health-related products and supplements, you should start with iHerb. Shipping is always around USD4 for standard shipping (to Sg/Malaysia) around 3 weeks of shipping time.
  2. Powdercity.com has some of the cheapest powders BUT it's shipping scale is hideous. It starts around USD12, and once you reach a scale, it will will tip up to USD21.xx. Then it will scale up to USD30.xx. How this "scale" works I still don't know. But I do know that once I put 3 items in my cart, it will go up to USD21, and 5 items to USD30. That is hideous to me because it seemingly doesn't matter what the weight is.
  3. NootropicsDepot.com's prices for some of the popular powders like sulbutiamine, centrophenoxine, alpha gpc etc are always like around USD1 higher than powdercity. Although the prices are higher, I like to buy more from here because the shipping cost starts at USD11 and I can usually put in reasonable amount of items and weights before the shipping cost starts to scale up.



Monday, April 13, 2015

Fadhilat Surah Yasin Yang Kurang Berasas

Kita selalu mendengar tentang fadhilat-fadhilat membaca Surah Yasin. Tetapi tahukah anda bahawa TIADA hadis sahih yang memperkatakan tentang fadhilat Surah Yasin? Semua hadis-hadis yang ada adalah da'if (lemah) dan banyak yang palsu.

Hadis 1:

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya setiap sesuatu itu mempunyai hati dan hati Al Quran itu ialah Yasin..Barang siapa di antara kamu membaca surah Yasin,nescaya Allah akan menuliskan pahala kepadanya seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sebanyak 10 kali."

Penerangan Hadis 1:
Hadis ini disalurkan melalui Muqatil b. Hayyan dari Qatada, dari Anas b. Malik r.a. oleh al-Tirmizi, al-Darimi dan selainnya dengan rangkaian perawi-perawi mengandungi "Harun Abu Muhammad", seorang yang tidak diketahui/dikenali. Mengambil kira bahawa hadis ini menjurus kepada kebaikan membaca Al-Quran, maka hadis ini boleh diterimapakai.  Al-Albani walau bagaimana pun mengklafisikasikan hadis ini sebagai palsu.


Hadis 2:

Daripada Ma’qil ! Ibni Yasar berkata:
“Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran. Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu bacalah ke atas orang yang mati.”.

Penerangan Hadis 2:
Hadis ini mempunyai 2 orang perawi yang tidak diketahui. Tetapi kewujudannya memperkuatkan penerimaan ke atas Hadis 1 diatas. Malah Imam Ahmad pun meletakkan hadis ini didalam Musnad Ahmad, jadi mengambil kira status Imam Ahmad maka hadis ini, walaupun lemah, masih diterimapakai.


Hadis 3:

"Bacalah Yasin ke atas orang yang sedang / telah mati". Riwayat Abu Daud.

Juga ada hadis yang lebih kurang sama, diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah.

Hadis di atas juga mengandungi rantaian seorang yang juga tidak dikenali.  Tetapi bila ketiga-tiga hadis diatas diambilkira secara keseluruhan, maka fadhilat ini boleh diterimapakai.


Hadis 4:

“Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.”


Taraf Hadis: Hadis Palsu

Hadis 5:

Anas bin Malik berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengunjungi perkuburan lalu membaca Surah Yassin, maka pada hari itu Allah meringankan seksaan mereka dan bagi yang membacanya mendapat kebaikan sebanyak penghuni kubur di perkuburan itu.”


Taraf Hadis: Hadis Palsu


Kesimpulan:

A. Cuma ada dua hadis yang lemah. Yang lain, termasuklah yang tidak tersenarai disini, adalah PALSU.

B. BACALAH AL-QURAN, tetapi janganlah terlalu taksub/fokus kepada mana-mana Surah.

C. Nak amalkan Yasin (ataupun surah-surah lain) memang tiadalah dilarang e.g. untuk rawatan etc seumpamanya. Kadang-kadang penggunaan kaedah-kaedah tertentu menggunakan ayat Quran itu memang mujarab dan kita belajar pun dari orang yang pernah mengamalkannya.

Tapi tolong jangan sebarkan hadis-hadis berkaitan dengan surah Yasin sebab cuma ada 2 hadis sahaja berkaitan Yasin, itupun cuma boleh dikatakan LEMAH, dan lain SEMUA PALSU.


Wednesday, February 11, 2015

Perihal Bid'ah atau Inovasi dalam beragama

  1. Dalam post ini tidak akan membicarakan apakah itu bid'ah atau bentuk-bentuk bidaah atau apa jenis bid'ah yang kita boleh nampak dalam masyarakat kita. Informasi sebegini tuan dan puan boleh jenguk di blog lain.

  2. Catatan ini akan cuba melihat perihal bid'ah ini dari sudut pengurusan risiko hidup kita. Dalam kata lain, kita yang Islam ini mestilah ingin ke Jannah, bukan? Jadi kita lihat dari sudut pemikiran bagaimana jika kita ter'over' beribadah atau berinovasi itu boleh menggugat laluan kita ke Jannah.

  3. Ingat, Islam itu tidak mudah, tapi memudahkan. Dan ingatlah, dalam bab mudah ini, sesungguhnya Islam itu sangat mudah hinggakan jika kita buat ibadah yang basic sekalipun, insyaAllah ke syurga juga.

  4. Bid'ah ini timbul sebab dalam fikiran dan naluri asas manusia, dimana ada rasa macam "tak syok" atau "kurang ummph" kalau buat benda asas sahaja. Dan naluri manusia, kalau ikut kajian sains, memang ada sifat nak menokok-tambah pun. Sebab tu kalau yang terlalu "bermazhab" tu, sangat totok/ terpanggil belajar hingga sangat detail apa sunat, wajib, fardhu, rukun, muakkadnya, dan macam-macam lagi. Padahal jika kita sendiri menyelami sunnah Rasul secara direct, tak perlu risau akan benda-benda sebegitu. Rasulullah dan para Sahabat tidak ada membuat kategori-kategori yang berlebih-lebihan seperti itu. 

  5. Jadi bila masuk bab menokok tambah ini, banyaklah alasannya - contohnya alasan yang selalu digunakan. Contohnya:

    • Situasi 1: Pendapat mereka, jika tidak ada dalil yang melarang, maka maknanya boleh lah buat. Apalah salahnya, kata mereka. Masalahnya, inilah punca utama bid'ah. Terutamanya jika aktiviti tersebut ada melibatkan pembacaan atau amalan tertentu yang memang "nampak baik" dan secara tidak langsung semacam tidak perlu dipersoalkan. Contohnya baca Yasin malam Jumaat.

    • Situasi 2:Alasan lain contonhya seperti mereka yang mengatakan bahwa inilah satu aktiviti "bermasyarakat", boleh diguna untuk menyelami atau mendekatkan masyarakat ke arah Islam. Meningkatkan ukhuwah, kata mereka. Tetapi ingatlah, yang wajib itu wajib, tapi janganlah sampai yang "tambahan" pun kita rasa macam wajib sampai jadi amalan seharian yang akhirnya menjadi sebati dan "terasa macam wajib". Yang teruknya hingga sampai satu tahap dimana orang yang tidak ikut buat itulah  pula nampak macam "tidak bermasyarakat" atau dilihat macam "tidak cukup Islam".

    • Situasi 3: Satu lagi alasan ialah pendapat yang seperti tanggapan dosa sudahlah banyak, takkan aktiviti sebegini yang "nampak baik", dan yang "rasanya" boleh menambah pahala, kita tegah pula? Untuk bahagian ini, sila baca ulasan yang sama di Situasi 1 atas.

  6. Dalam isu-isu bid'ah, perlu diketahui bahawa ianya banyak berpunca dari sebab aktiviti itu "nampak baik". Dan memang kadang-kadang kita diberitahu macam aktiviti ini "bersandarkan hadis". Tetapi hadis-hadis sandaran itu lemah (itupun kalau ada). Tetapi yang biasa berlaku adalah hadis yang disandarkan itu diqiyaskan sebegitu rupa sampai boleh menampakkan bahawa aktiviti itu "baik". Contohnya, memang ada banyak hadis SAHIH yang menyebut fadhilat membaca al-Quran. Tapi tiada hadis SAHIH yang mengatakan perlu membaca atau dibuat pada malam-malam tertentu, atau pada waktu-waktu tertentu, atau perlu dibuat berkumpulan, atau dalam majlis-majlis tertentu, atau dengan tartil/tertib tertentu etc.

  7. Jadi kembali kepada point 1 dan 2 ke atas, catatan ini bukan untuk berdebat apakah aktiviti A atau B, C, sebagainya adalah bid'ah. Catatan ini mengajak anda semua supaya merasa terpanggil untuk fikir dan mengkaji samada adakah ada amalan-amalan yang kita selalu buat (terutamanya yang jenis ikut-ikutan) adalah sebenarnya betul atau salah. Dalam perspektif ini, kita semua perlu rasa terpanggil untuk memastikan bahawa adakah amalan-amalan tambahan yang kita selalu ikut-ikutkan itu akan benar-benar membawa kita ke Jannah dan bukannya menjadi risiko kita ke neraka.

  8. Dalam hal ini ada dua perkara:

    • Ingatlah bahawa menuntut ilmu itu WAJIB dan tidak memadai kita buat aktiviti yang IKUT-IKUTAN sebab kita semua sebagai individu bertanggungjawab untuk memastikan diri kita dan ahli keluarga tidak ke neraka dengan BELAJAR ilmu. Semua Imam-imam muktabar seperti Iman Syafie, Imam Ahmad Ibn Hanbal, Imam Hanafi dan Imam Maliki secara DIRECT dan TERUS TERANG mengatakan dalam mukaddimah buku-buku tulisan mereka (al-Umm, Musnad Ahmad, al-Muwatta' dll) bahawa jangan sesekali mengikut membuta tuli fatwa atau pendapat mereka jika tidak mengetahui apa dalilnya (saya ringkaskan menggunakan bahasa saya sendiri). Boleh rujuk sendiri di http://mindasunnah.blogspot.com/p/kata-imam-mazhab.html.

    • Keduanya, ingatlah bahawa akan ada lebih banyak kebaikannya kalau kita TAK BUAT daripada BUAT.  Kenapa kita nak ambil risiko membuat perkara yang Bid'ah, jika kita boleh mengambil jalan yang selamat iaitu dengan tidak membuatnya atau tidak mengikut secara buta.

Thursday, October 9, 2014

Hilangkan bau ketiak atau kasut busuk

Ok, let's be clear, I have no intention to regurgitate all other contents that you can see elsewhere on the web. My sole focus is on simple do-it-yourselves - which you may want to try, or don't want to try. It works.

In this case, ketiak anda berbau? Smelly armpits (and elsewhere)?

The first thing you would want to know is that the body odor is caused by bacteria. Ketiak anda berbau sebab terlalu banyak bacteria yang berkampung kat celah ketiak tu. Your armpits are warm and cozy, is wet and filled with nutrients (sweat/peluh), so akibat bakteria yang berkampung tu lah ketiak anda berbau.

So the solution?
Do you need expensive deodorants - no. Because deodorants normally only masks the odor. Bakteria is still there and flourishing. So the idea is to kill those bacteria.

Ramuan yang diperlukan - main ingredients:
1.  Antiseptic stuff e.g. Dettol (RM2.++)
2. Kapas atau kain (RM0 - RM1). Kalau guna jari, RM0.
3. Ketiak anda, atau tempat yang berbau itu (Ketiak sendiri RM0. Kalau orang lain charge la servis fee).

Cara-cara
1. Basahkan sedikit Dettol tu pada kain atau celupkan jari anda dengan Dettol sikiri t.
2.  Sapu pada ketiak.
 3. Tamat

Kalau nak creative lagi:

1. Cari perfume base. Contohnya minyak atar ataupun beli je perfume RM10 kat pasar malam tu. Cari bau yang anda minat. Kalau boleh, cari yang tutupnya boleh buka dan tutup balik (screw). Ataupun recyclelah mana-mana botol yang ada sprayer.
2. Campurkan sedikit Dettol, dalam 10% dari total perfume base tu, Contohnya kalau perfume tu 100ml, maka letaklah Dettol dalam 10ml.
3. Tutup balik botol tu.
4. Goncang sesedap rasa.
5. Lepas mandi sebelum pakai baju, spray sikit kat ketiak tu. Pasti wangi, dan ketiak pun tak berbau sampai petang.


Kasut berbau? Tidak ada masalah, konsepnya sama sahaja. Kasut berbau sebab peluh yang dihuni bakteria. Cuma dalam hal ini, takkan nak guna perfume base kut. Guna air paip pun boleh. Bezanya, kandungan Dettol seharusnya lebih tinggi, dalam 20% - 30%.

Lebih murah kalau dibandingkan nak beli antiseptic spray dari pasaraya yang harganya dalam RM15 ke atas.


Thursday, October 29, 2009

Discipline or No Discipline


So what is a “disciplined” person? For one thing, a disciplined person would have a high “Conscientiousness” scores on the Ronin Personality Indicator (http://www.ronin.dk). You know people like this. They’re rarely late for work, they keep lists, they remember birthdays, and they’re very reliable. Most watch what they eat, and exercise regularly. The Ronin Indicator gives them high marks in efficiency, purposefulness, perfectionism, cautiousness, rationality, and orderliness.