Kita selalu mendengar tentang fadhilat-fadhilat membaca Surah Yasin. Tetapi tahukah anda bahawa TIADA hadis sahih yang memperkatakan tentang fadhilat Surah Yasin? Semua hadis-hadis yang ada adalah da'if (lemah) dan banyak yang palsu.
Hadis 1:
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya
setiap sesuatu itu mempunyai hati dan hati Al Quran itu ialah
Yasin..Barang siapa di antara kamu membaca surah Yasin,nescaya Allah
akan menuliskan pahala kepadanya seperti pahala orang yang membaca
Al-Quran sebanyak 10 kali."
Penerangan Hadis 1:
Hadis ini disalurkan melalui Muqatil b. Hayyan dari Qatada, dari Anas b. Malik r.a. oleh al-Tirmizi, al-Darimi dan selainnya dengan rangkaian perawi-perawi mengandungi "Harun Abu Muhammad", seorang yang tidak diketahui/dikenali. Mengambil kira bahawa hadis ini menjurus kepada kebaikan membaca Al-Quran, maka hadis ini boleh diterimapakai. Al-Albani walau bagaimana pun mengklafisikasikan hadis ini sebagai palsu.
Hadis 2:
Daripada Ma’qil ! Ibni Yasar berkata:
“Al-Baqarah adalah rangka
Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan
Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang
tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung
hati Al-Quran. Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu bacalah ke atas orang yang mati.”.
Penerangan Hadis 2:
Hadis ini mempunyai 2 orang perawi yang tidak diketahui. Tetapi kewujudannya memperkuatkan penerimaan ke atas Hadis 1 diatas. Malah Imam Ahmad pun meletakkan hadis ini didalam Musnad Ahmad, jadi mengambil kira status Imam Ahmad maka hadis ini, walaupun lemah, masih diterimapakai.
Hadis 3:
"Bacalah Yasin ke atas orang yang sedang / telah mati". Riwayat Abu Daud.
Juga ada hadis yang lebih kurang sama, diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah.
Hadis di atas juga mengandungi rantaian seorang yang juga tidak dikenali. Tetapi bila ketiga-tiga hadis diatas diambilkira secara keseluruhan, maka fadhilat ini boleh diterimapakai.
Hadis 4:
“Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.”
Taraf Hadis: Hadis Palsu
Hadis 5:
Anas bin Malik berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mengunjungi perkuburan lalu membaca Surah Yassin, maka pada hari itu Allah meringankan seksaan mereka dan bagi yang membacanya mendapat kebaikan sebanyak penghuni kubur di perkuburan itu.”
Taraf Hadis: Hadis Palsu
Kesimpulan:
A. Cuma ada dua hadis yang lemah. Yang lain, termasuklah yang tidak tersenarai disini, adalah PALSU.
B. BACALAH AL-QURAN, tetapi janganlah terlalu taksub/fokus kepada mana-mana Surah.
C. Nak amalkan Yasin (ataupun surah-surah lain) memang tiadalah dilarang e.g. untuk rawatan etc seumpamanya. Kadang-kadang penggunaan kaedah-kaedah tertentu menggunakan ayat Quran itu memang mujarab dan kita belajar pun dari orang yang pernah mengamalkannya.
Tapi tolong jangan sebarkan hadis-hadis berkaitan dengan surah Yasin sebab cuma ada 2 hadis sahaja berkaitan Yasin, itupun cuma boleh dikatakan LEMAH, dan lain SEMUA PALSU.
Monday, April 13, 2015
Wednesday, February 11, 2015
Perihal Bid'ah atau Inovasi dalam beragama
- Dalam post ini tidak akan membicarakan apakah itu bid'ah atau bentuk-bentuk bidaah atau apa jenis bid'ah yang kita boleh nampak dalam masyarakat kita. Informasi sebegini tuan dan puan boleh jenguk di blog lain.
- Catatan ini akan cuba melihat perihal bid'ah ini dari sudut pengurusan risiko hidup kita. Dalam kata lain, kita yang Islam ini mestilah ingin ke Jannah, bukan? Jadi kita lihat dari sudut pemikiran bagaimana jika kita ter'over' beribadah atau berinovasi itu boleh menggugat laluan kita ke Jannah.
- Ingat, Islam itu tidak mudah, tapi memudahkan. Dan ingatlah, dalam bab mudah ini, sesungguhnya Islam itu sangat mudah hinggakan jika kita buat ibadah yang basic sekalipun, insyaAllah ke syurga juga.
- Bid'ah ini timbul sebab dalam fikiran dan naluri asas manusia, dimana ada rasa macam "tak syok" atau "kurang ummph" kalau buat benda asas sahaja. Dan naluri manusia, kalau ikut kajian sains, memang ada sifat nak menokok-tambah pun. Sebab tu kalau yang terlalu "bermazhab" tu, sangat totok/ terpanggil belajar hingga sangat detail apa sunat, wajib, fardhu, rukun, muakkadnya, dan macam-macam lagi. Padahal jika kita sendiri menyelami sunnah Rasul secara direct, tak perlu risau akan benda-benda sebegitu. Rasulullah dan para Sahabat tidak ada membuat kategori-kategori yang berlebih-lebihan seperti itu.
- Jadi bila masuk bab menokok tambah ini, banyaklah alasannya - contohnya alasan yang selalu digunakan. Contohnya:
- Situasi 1: Pendapat mereka, jika tidak ada dalil yang melarang, maka maknanya boleh lah buat. Apalah salahnya, kata mereka. Masalahnya, inilah punca utama bid'ah. Terutamanya jika aktiviti tersebut ada melibatkan pembacaan atau amalan tertentu yang memang "nampak baik" dan secara tidak langsung semacam tidak perlu dipersoalkan. Contohnya baca Yasin malam Jumaat.
- Situasi 2:Alasan lain contonhya seperti mereka yang mengatakan bahwa inilah satu aktiviti "bermasyarakat", boleh diguna untuk menyelami atau mendekatkan masyarakat ke arah Islam. Meningkatkan ukhuwah, kata mereka. Tetapi ingatlah, yang wajib itu wajib, tapi janganlah sampai yang "tambahan" pun kita rasa macam wajib sampai jadi amalan seharian yang akhirnya menjadi sebati dan "terasa macam wajib". Yang teruknya hingga sampai satu tahap dimana orang yang tidak ikut buat itulah pula nampak macam "tidak bermasyarakat" atau dilihat macam "tidak cukup Islam".
- Situasi 3: Satu lagi alasan ialah pendapat yang seperti tanggapan dosa sudahlah banyak, takkan aktiviti sebegini yang "nampak baik", dan yang "rasanya" boleh menambah pahala, kita tegah pula? Untuk bahagian ini, sila baca ulasan yang sama di Situasi 1 atas.
- Dalam isu-isu bid'ah, perlu diketahui bahawa ianya banyak berpunca dari sebab aktiviti itu "nampak baik". Dan memang kadang-kadang kita diberitahu macam aktiviti ini "bersandarkan hadis". Tetapi hadis-hadis sandaran itu lemah (itupun kalau ada). Tetapi yang biasa berlaku adalah hadis yang disandarkan itu diqiyaskan sebegitu rupa sampai boleh menampakkan bahawa aktiviti itu "baik". Contohnya, memang ada banyak hadis SAHIH yang menyebut fadhilat membaca al-Quran. Tapi tiada hadis SAHIH yang mengatakan perlu membaca atau dibuat pada malam-malam tertentu, atau pada waktu-waktu tertentu, atau perlu dibuat berkumpulan, atau dalam majlis-majlis tertentu, atau dengan tartil/tertib tertentu etc.
- Jadi kembali kepada point 1 dan 2 ke atas, catatan ini bukan untuk berdebat apakah aktiviti A atau B, C, sebagainya adalah bid'ah. Catatan ini mengajak anda semua supaya merasa terpanggil untuk fikir dan mengkaji samada adakah ada amalan-amalan yang kita selalu buat (terutamanya yang jenis ikut-ikutan) adalah sebenarnya betul atau salah. Dalam perspektif ini, kita semua perlu rasa terpanggil untuk memastikan bahawa adakah amalan-amalan tambahan yang kita selalu ikut-ikutkan itu akan benar-benar membawa kita ke Jannah dan bukannya menjadi risiko kita ke neraka.
- Dalam hal ini ada dua perkara:
- Ingatlah bahawa menuntut ilmu itu WAJIB dan tidak memadai kita buat aktiviti yang IKUT-IKUTAN sebab kita semua sebagai individu bertanggungjawab untuk memastikan diri kita dan ahli keluarga tidak ke neraka dengan BELAJAR ilmu. Semua Imam-imam muktabar seperti Iman Syafie, Imam Ahmad Ibn Hanbal, Imam Hanafi dan Imam Maliki secara DIRECT dan TERUS TERANG mengatakan dalam mukaddimah buku-buku tulisan mereka (al-Umm, Musnad Ahmad, al-Muwatta' dll) bahawa jangan sesekali mengikut membuta tuli fatwa atau pendapat mereka jika tidak mengetahui apa dalilnya (saya ringkaskan menggunakan bahasa saya sendiri). Boleh rujuk sendiri di http://mindasunnah.blogspot.com/p/kata-imam-mazhab.html.
- Keduanya, ingatlah bahawa akan ada lebih banyak kebaikannya kalau kita TAK BUAT daripada BUAT. Kenapa kita nak ambil risiko membuat perkara yang Bid'ah, jika kita boleh mengambil jalan yang selamat iaitu dengan tidak membuatnya atau tidak mengikut secara buta.
Subscribe to:
Posts (Atom)