Kita selalu mendengar tentang fadhilat-fadhilat membaca Surah Yasin. Tetapi tahukah anda bahawa TIADA hadis sahih yang memperkatakan tentang fadhilat Surah Yasin? Semua hadis-hadis yang ada adalah da'if (lemah) dan banyak yang palsu.
Hadis 1:
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya
setiap sesuatu itu mempunyai hati dan hati Al Quran itu ialah
Yasin..Barang siapa di antara kamu membaca surah Yasin,nescaya Allah
akan menuliskan pahala kepadanya seperti pahala orang yang membaca
Al-Quran sebanyak 10 kali."
Penerangan Hadis 1:
Hadis ini disalurkan melalui Muqatil b. Hayyan dari Qatada, dari Anas b. Malik r.a. oleh al-Tirmizi, al-Darimi dan selainnya dengan rangkaian perawi-perawi mengandungi "Harun Abu Muhammad", seorang yang tidak diketahui/dikenali. Mengambil kira bahawa hadis ini menjurus kepada kebaikan membaca Al-Quran, maka hadis ini boleh diterimapakai. Al-Albani walau bagaimana pun mengklafisikasikan hadis ini sebagai palsu.
Hadis 2:
Daripada Ma’qil ! Ibni Yasar berkata:
“Al-Baqarah adalah rangka
Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan
Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang
tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung
hati Al-Quran. Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu bacalah ke atas orang yang mati.”.
Penerangan Hadis 2:
Hadis ini mempunyai 2 orang perawi yang tidak diketahui. Tetapi kewujudannya memperkuatkan penerimaan ke atas Hadis 1 diatas. Malah Imam Ahmad pun meletakkan hadis ini didalam Musnad Ahmad, jadi mengambil kira status Imam Ahmad maka hadis ini, walaupun lemah, masih diterimapakai.
Hadis 3:
"Bacalah Yasin ke atas orang yang sedang / telah mati". Riwayat Abu Daud.
Juga ada hadis yang lebih kurang sama, diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah.
Hadis di atas juga mengandungi rantaian seorang yang juga tidak dikenali. Tetapi bila ketiga-tiga hadis diatas diambilkira secara keseluruhan, maka fadhilat ini boleh diterimapakai.
Hadis 4:
“Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.”
Taraf Hadis: Hadis Palsu
Hadis 5:
Anas bin Malik berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mengunjungi perkuburan lalu membaca Surah Yassin, maka pada hari itu Allah meringankan seksaan mereka dan bagi yang membacanya mendapat kebaikan sebanyak penghuni kubur di perkuburan itu.”
Taraf Hadis: Hadis Palsu
Kesimpulan:
A. Cuma ada dua hadis yang lemah. Yang lain, termasuklah yang tidak tersenarai disini, adalah PALSU.
B. BACALAH AL-QURAN, tetapi janganlah terlalu taksub/fokus kepada mana-mana Surah.
C. Nak amalkan Yasin (ataupun surah-surah lain) memang tiadalah dilarang e.g. untuk rawatan etc seumpamanya. Kadang-kadang penggunaan kaedah-kaedah tertentu menggunakan ayat Quran itu memang mujarab dan kita belajar pun dari orang yang pernah mengamalkannya.
Tapi tolong jangan sebarkan hadis-hadis berkaitan dengan surah Yasin sebab cuma ada 2 hadis sahaja berkaitan Yasin, itupun cuma boleh dikatakan LEMAH, dan lain SEMUA PALSU.