Sunday, May 29, 2016

Fadhilat Amalan Yang Direka-reka


Secara umumnya boleh dikatakan hampir keseluruhan masjid atau surau perhentian di lebuhraya terdapat sebuah buku kecil yang dinamakan sebagai “Majmuk syarif” sama ada ianya dibeli sendiri oleh pihak pengurusan masjid ataupun ianya diwakafkan oleh individu-individu tertentu kepada pihak masjid. Buku ini tersebar dan mudah untuk diperolehi kerana dimana-mana sahaja terdapat mereka yang menjualnya.

Buku yang tidak mempunyai nama pengarang ini menghimpunkan di dalamnya sebahagian surah-surah daripada al-Quran serta fadhilat-fadhilatnya, doa-doa dan zikir-zikir yang dijadikan amalan oleh sebahagian masyarakat. Dukacitanya hampir kesemua doa, zikir dan fadhilat-fadhlatnya yang terkandung di dalam buku ini tidak sahih dari Nabi s.a.w. bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan ianya hanya rekaan manusia yang tidak mempunyai asal di dalam agama.

Coretan di atas boleh dibaca secara penuh di:
Kalau kita mengambil jurusan pentafsiran hadis atau belajar sains hadis, maka kita akan belajar bagaimana untuk mengetahui samada sesuatu itu adalah hadis yang benar atau hadis palsu. Bila kita belajar dalam bab beribadah, kita juga akan tahu bahawa beramal berlebih-lebihan (atau terlalu taksub dengan sesuatu kaedah amalan) pun tiada gunanya. Contohnya, tiada guna seseorang itu berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Malah sudah diberitahu bahawa kalau nak pahala berpuasa setahun, memadai dengan puasa 6 sahaja.

Antara sifat-sifat hadis-hadis yang mengandungi unsur-unsur yang berlebih-lebihan (mujazafah) yang tidak pernah nabi mengucapkan seperti yang demikian. Antaranya melampau-lampau dalam menyatakan ancaman atau sesuatu ganjaran yang besar hanya kerana perbuatan atau amalan yang ringan.

Ramai antara kita sering mendengar bahawa membaca surah-surah tertentu mempunya "khasiat" tersendiri. Contohnya, membaca surah Yasin membawa pengampunan dan surah Waqiah membawa kekayaan. Tetapi tahukah antara bahawa hadith-hadith berkaitannya adalah hadith lemah atau palsu? Tetapi tidak dinafikan bahawa memang ada hadith yang menyarankan membaca ayat-ayat tertentu,  contohnya untuk mematahkan fitnah Dajjal iaitu surah Al-Kahfi, tetapi hadith-hadith sebegini tidak banyak.

Membaca al-Quran mempunyai fadhilat-fadhilat tersendiri, tidak kisahlah surah apa pun. Yang menjadi masalah ialah apabila kita membaca al-Quran itu dengan niat kononnya untuk "mendapatkan" hasil atau rezeki tertentu.

No comments: